Skip to main content

Menarik di Shanghai 2019


                      WELCOME TO NURUL BLOG                                                           





Assalammualaikum semua... Ok,Kami ke Shanghai pada Disember 2019.Dengan cuaca yg sejuk dgn suhu antara 8c-15c setiap hari.Apa yang penting standby semua baju winter ketika disana.Tapi bagi pendapat aku,x payah berhabisan sangat winter coat ni kerana negara yg cuaca sejuk ni harga winter coatnya jauh lagi murah.Ok!!!travel budget kali ni aku dah rancang sejak bulan julai lg.Tempahan tiket China Southern utk 5 org pergi balik dr Klia-Shanghai hanya RM3560.Ini antara itinerary sepanjang di Shanghai.                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                        ITINERARY 

 23/12/19-Kul-changsa-shanghai(macam aku lebih suka transit sbb bawa anak2 ni mesti nak transit,kang nk kencing ,buang air besar lah,itu ini so mmg kena la kan...hehehe)transit Cuma 2 jam Setengah.sampai shanghai pukul 5pm.masa sampai hari dah pun gelap.cari subway utk ke hotel area Nanjing rd.korang sampai je subway..1st kena cari kaunter subway dan minta subway maps..bila dh dpt lg panjang langkah esok lusa.keluar je airport cari logo subway.Dari pudong airport(line 2) ke Nanjing rd exit 5.Penginapan kami di soban apartment cuma 2 min berjalan kaki ke subway,pasar,tempat makanan halal dan shopping mall.semuanya keliling kami je.tak payah susah2 nak naik pengangkutan awam.

24/12/19 - berjalan sekitar nanjing road.Penginapan kami betul2 di tengah bandar umpama seperti di bukit bintang turun bawah semua ada.Makanan halal pun tak susah,sekitar nanjing rd lebih kurang 3-4 restoran makanan halal.jadi memang tak takut kalau lapar.so siapa yg nak cari winter coat blh la cari di uniqlo,giordano,n byk lagi la shopping mall sekitar sini.sebelum pulang penginapan kami beli awal2 tiket bas on/off.Kaunter tiket nya kecik je betul2 di hadapan shopping mall yang ada dalam posting terawal td.

25/12/19 - Sarapan dulu di area Nanjing. Naik bas sightseeing shanghai.cuaca elok hari tu so kami duduk di bahagian atas bas.Bas ni cuma bayar RMB200  utk 2 hari untuk kami berlima.Kita akan pusing sekitar shanghai melawat tempat2 tarikan disana.kalau korang rasa nak turun boleh turun di tempat perhentian bas yg disediakan untuk bas sightseeing ni.Hari ke tiga ni kami dapat cover The bund, Oriental Pearl Tv Tower,Pencakar langit pudong dan butik disney..hah butik disney ni sbb anak aku nk masuk Disneyland nnti so beli la gaun ala2 princess kat sini..Hari hujan pulak bercampur dengan sejuk tak ingat maka pukul 6 terus balik ke penginapan.Sampai Nanjing rd tapau dulu makan dan terus balik penginapan,

26/12/19 - sambung jalan naik bas sightseeing ni.Hari ni kita ke Yuyuan Garden.so kalau korang nak beli souvenirs or T-shirt shanghai blh beli kat sini.Apa yang penting pandai tawar menawar.Ok makan tengahari pulak keluar dari Yuyuan Garden korang akan nampak bangunan 2 tinkat so tingkat atas tu ada restoran halal.Makan dulu sebelum naik lagi bas ke destinasi seterusnya,Kemudian kita ke The Bund semula berjalan-jalan di Sungai Huangpu.Ambik gambar dan sambung jalan di sekitar bangunan lama,Kami berjalan kaki mengikut celah2 bangunan untun mencari makanan halal.Akhirnya dapat dengan berjalan kaki dari The Bund lebih kurang 15 minit.Nama jalan nya ialah tanzifang dan kedai makannya memang lah kecil cukup dengan meja 5 buah sahaja.Nasib baik dapat dan makan sebelum naik bas pulang ke Nanjing Rd.Hari dah gelap maka kita sambung jalan di sekitar penginapan sahaja dan sempat pergi ke pasar untuk beli strawberi.
THE BUND


TERBAIK MAKANANNYA

27/12/19 - Hari ni selepas sarapan di Nanjing Rd kami naik subway ke Masjid Huxi di changde lu.Naik subway sehala sahaja dan tak perlu tukar train.So bagi lelaki boleh tunaikan solat jumaat disini.Keadaan sekitar masjid Huxi ni dah macam bazar ramadhan di malaysia.Macam2 aneka makanan dijual disini.Tengahari tu kami duduk makan disitu sahaja kerana mereka ada sediakan meja utk makan.So makan malam kami pun kami beli tapau dari sini.Balik semula ke Nanjing Rd dan berjalan-jalan sekitar sini sahaja.Final shopping sebelum tukar penginapan ke tempat lain pd keesokkan harinya.Oh ye jangan lupa masuk  miniso di shanghai ni dan beli barang2 yg memang lain dr di malaysia.Memang aku suggest la korang masuk sini.Korang mmg tak akan menyesal.

28/12/19 - Check out dari sonban apartment dan ke Chuansha.So naik subway dr Nanjing Rd terus turun ke stesen Disneyland.Sepatutnya tak perlu turun di stesen Disneyland,boleh turun di stesen chuansha kerana hotel tu lagi dekat dengan stesen chuansha.Tapi tak pe lah kita belajar dr kesilapan.Masa ke Hotel ni kami kena tipu dengan orang teksi yg mengenakan cas RMB100.So check in hotel dan pihak hotel ada sediakan transport yg mana seharian guna transport mereka cuma di cas RMB50.Nama hotel ni DH ART Hotel.Memang recommended la bagi korang yg nak pergi Disneyland.

29/12/19- Hari yang ditunggu telah pun tiba.Yeayyy...Welcome To Disneyland Shanghai.Untuk pengetahuan korang,pihak hotel ada menyediakan bas secara percuma bagi tetamu hotel yang menginap di hotelnya.Jadual perjalanan ada 3 sesi di belah pagi.Kami ambil bas yang paling awal pd pukul 7.30am.So cepat2 naik bas untuk dapatkan seat dan kalau boleh suruh anak2 kita duduk sebelah kita kerana sepanjang perjalanan, bas ini akan singgah mengambil lagi tetamu di 2 buah hotel.Maka sampai je di parking Disneyland korang kena tahu dimana bas ini berhenti sebab bila pulang nnti bas yg sama akan ambik korang.so jgn salah bas ok.sila cam muka driver bas masing2.



TRON RIDE

OK...Nanti next blog aku cerita pasal Disneyland ni.Macamana  nak jimat masa untuk main satu2 permainan.Yelah dah bayar mahal kan,mesti kalau boleh nak main kesemuanya.Ok...guysss..
SEE U AGAIN
















Comments